Saturday, December 29, 2012

♥ enam puluh tujuh - dua ribu dua belas


My 2012. Here and there. Tekan bawah. Mungkin ada kau.





semua ada cerita


p/s: bahagia sedih. survive.

Tuesday, December 25, 2012

♥ enam puluh enam - rapuh tapi tak runtuh

Tatkala hari ini, aku tak pasti. Aku tak pasti dengan semua benda. Banyak lah. Macam biasa; kerja result exam duit cinta. Tak pasti. Kalau kau tengok cara aku sekarang, banyak beza. Makan jarang jarang tidur kadang kadang. Penat sangat dengan benda yang tak pasti. Entah.  

Bak datang semua sekarang, sebab aku dah tak ada perasaan. Cuma penat. Kadang di benak fikiran mahu tidur sampai dua tiga bulan.  Tapi tak boleh, banyak benda yang tak pasti berlegar legar juga di benak fikiran; kerja result exam duit cinta. 

Tapi.

Apa yang aku pasti, janji Tuhan itu pasti. Aku kena percaya. Kau juga. Kena percaya. Cuma sekarang, berusaha sahaja takat mampu. Allah itu maha besar, maha adil. Semoga segala benda yang tak pasti akan menjadi sesuatu yang pasti menjadi. Dengan izin Tuhan, ya. Dia tahu.

"Betul orang kata. Janji Tuhan itu pasti. Dia datang macam tu sahaja. Dia dah susun semua. Jalan aku dah nampak. Meroyan tak perlu lagi. Aku sehingga tak perlu cari. Dia datang dengan sendiri. Tak perlu nak mengejar. Dia datang sendiri. 
Semua orang ada. Itu janji Tuhan. Cumanya, masa sahaja membezakan kita"

p/s: dan aku masih membuang masa menulis satu entry kelaut merapu. macam biasa. 

Monday, December 10, 2012

♥ enam puluh lima - lemah

"what's wrong?"
"oh,im just tired."

Tired of being tired. That's all.

Kau pernah rasa letih? letih badan. letih otak. letih fizikal. letih mental. Letih semua pokoknya. Sekarang, sekarang aku rasa.
Kaki, tangan, lutut dan seanggota dengannya macam cair. Macam tiada. Kebas sahaja. 
Kalau aku tidur, macam atas kapal. Hanyut. Ya,aku penat sangat. 


"Aku jarang mahu bercerita dengan orang. Dan kalau aku cerita dan kongsi sekali pun, kau cuma mampu dengar tapi tak mampu rasa. Sama juga jika aku zahirkan dengan tulisan sekali pun, kau cuma mampu baca tapi tak mampu selam.
Jadi aku banyak simpan.
Senyum pun masih tetap simpan.
Dalam dalam"
p/s: sayang.... i love you

Thursday, November 1, 2012

♥ enam puluh empat - rain

Still raining.

Sejuk, sampai ke tulang. manusia manusia lemah macam aku memang banyak merungut.
bila hujan mahu panas, bila panas mahu hujan.
Bengong.



p/s: trembling in cold. mari peluk aku.

Tuesday, October 23, 2012

♥ enam puluh tiga - cinta buta




Assalamualaikum,

Saya, saya nak tahu macam mana kalau kita tidak sepatutnya suka seseorang itu, tapi kita tidak boleh berhenti menyukainya.
Bagaimana? konklusinya fuck. fuck itu fuck ini. semua.

Wajar aku kata, kalau cinta itu buta maka aku masih buta.

p/s: saya buta.

Monday, August 27, 2012

♥ enam puluh dua - aidilfitri

Hey people, been years i think. I miss these blog thingys and everything. I really do. Been busy with life, with reality. Okay, well straight to the point, im here actually want to wish all of you, 

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, June 12, 2012

♥ enam puluh satu - selesai



Mengapa kita manusia selalu sahaja mengejar apa yang berada di belakang kita? 
Yang sepatutnya kita terus menerus berlari menuju kemenangan, 
Mengapa harus kita berlari ke belakang? entah. 
Tapi apa yang pasti,
Itu bukan berputus asa. Itu bukan juga mengalah.
Mungkin kita sengaja create satu atau berjuta urat berselirat menyerabut kepala.
Mungkin juga kita  belum bersedia untuk menang.
Entah.

Tapi di sini aku mahu nyatakan, kalaupun kau di depan aku di belakang.
Tolong jangan. Tolong teruskan berlari. Tolong.
Bebaskan diri kau dengan suatu yang lebih baik.
Dan lebih baik itu adalah kemenangan.

Jika kau baca, mungkin kau faham.

p/s: habis.

Sunday, January 1, 2012

♥ enam puluh - resolusi


selamat tahun baru.
   tiada resolution yang cliche.
   cuma aku minta; top student.


p/s: hidup diredhai. moga moga.

♥ lima puluh sembilan - raksasa

Dari kecil kita di ajar untuk berkorban sehingga diri sendiri mati. Di ajar untuk membesar dengan megah sehingga diri sendiri kurang ajar. Di ajar untuk menjadi insan yang konon gembira sampai akhir sehingga berpura pura. Ya dengan diri sendiri. Di ajar untuk berkata benar sehingga hancur hati insan insan mengharap. Di ajar untuk bersemangat sehingga letih. sehingga lemah. Di ajar untuk berkasih sayang sehingga dibuang disepak. 

Sehingga satu hari kita tidak sedar, kita bukan manusia. kita raksasa menggigit kulit merogol hati dengan kuat, meragut rentak jantung, menikam perut lalu melapah isi dengan rakus. kita tidak sedar, kita berubah. 

kalaupun masih ada hati itu, ianya sudah kering. 



p/s: sudah sudah lah