Saturday, December 29, 2012

♥ enam puluh tujuh - dua ribu dua belas


My 2012. Here and there. Tekan bawah. Mungkin ada kau.





semua ada cerita


p/s: bahagia sedih. survive.

Tuesday, December 25, 2012

♥ enam puluh enam - rapuh tapi tak runtuh

Tatkala hari ini, aku tak pasti. Aku tak pasti dengan semua benda. Banyak lah. Macam biasa; kerja result exam duit cinta. Tak pasti. Kalau kau tengok cara aku sekarang, banyak beza. Makan jarang jarang tidur kadang kadang. Penat sangat dengan benda yang tak pasti. Entah.  

Bak datang semua sekarang, sebab aku dah tak ada perasaan. Cuma penat. Kadang di benak fikiran mahu tidur sampai dua tiga bulan.  Tapi tak boleh, banyak benda yang tak pasti berlegar legar juga di benak fikiran; kerja result exam duit cinta. 

Tapi.

Apa yang aku pasti, janji Tuhan itu pasti. Aku kena percaya. Kau juga. Kena percaya. Cuma sekarang, berusaha sahaja takat mampu. Allah itu maha besar, maha adil. Semoga segala benda yang tak pasti akan menjadi sesuatu yang pasti menjadi. Dengan izin Tuhan, ya. Dia tahu.

"Betul orang kata. Janji Tuhan itu pasti. Dia datang macam tu sahaja. Dia dah susun semua. Jalan aku dah nampak. Meroyan tak perlu lagi. Aku sehingga tak perlu cari. Dia datang dengan sendiri. Tak perlu nak mengejar. Dia datang sendiri. 
Semua orang ada. Itu janji Tuhan. Cumanya, masa sahaja membezakan kita"

p/s: dan aku masih membuang masa menulis satu entry kelaut merapu. macam biasa. 

Monday, December 10, 2012

♥ enam puluh lima - lemah

"what's wrong?"
"oh,im just tired."

Tired of being tired. That's all.

Kau pernah rasa letih? letih badan. letih otak. letih fizikal. letih mental. Letih semua pokoknya. Sekarang, sekarang aku rasa.
Kaki, tangan, lutut dan seanggota dengannya macam cair. Macam tiada. Kebas sahaja. 
Kalau aku tidur, macam atas kapal. Hanyut. Ya,aku penat sangat. 


"Aku jarang mahu bercerita dengan orang. Dan kalau aku cerita dan kongsi sekali pun, kau cuma mampu dengar tapi tak mampu rasa. Sama juga jika aku zahirkan dengan tulisan sekali pun, kau cuma mampu baca tapi tak mampu selam.
Jadi aku banyak simpan.
Senyum pun masih tetap simpan.
Dalam dalam"
p/s: sayang.... i love you